Makan di KyoChon @ One Utama by Sally Samsaiman

Macam yang korang perasan dalam cerita Korea, khususnya drama yang korang layan sampai tak tido tu…selalu korang akan perasan yang dorang suka sangat makan ayam goreng kan…tu belum masuk yang bukak kedai ayam goreng…salah satu jenama ayam goreng yang terkenal kat Korea ialah KyoChon.

Semalam, lepas balik klinik…sempat la tersesat ke OU..hahaha…Ain la ajak sebab dia kena standby semalam…tak payah keja kan…dia seretnya sally sekali…at first macam nak makan kat Food Republic pastu tukar makan kat Dubu Dubu…sampai at last sally teringat nak cuba makanan kat Kyochon…

Disebabkan berdua je dengan Ain, dia bagi la kami seat untuk dua orang…kebetulan seat yang sally pilih tu meja yang ada ahli Super Junior sign…weee~ eh, sally lupa bagi tau ek yang Super Junior merupakan duta untuk KyoChon ek..? hahaha…okay…yang tu ada tanda tangan daripada Kyuhyun dan Kangin masa grand opening masa pertengahan bukan January yang lepas…

Read More: sallysamsaiman.com