Rasa Sebenar,Cerita Sebenar
정직한맛, 정직한이야기
“Kyo” berasal daripada perkataan “hyanggyo”, yang membawa maksud kebijaksanaan dan pencerahan. “Chon” pula bermaksud kampung atau pekan.
Sebab itu kami memilih nama “KyoChon” untuk membawa identiti dan karakter Korea yang kuat dalam jenama kami.
Dengan semangat untuk menghargai keenakan rasa di seluruh Korea, KyoChon bermula di Gumi, Korea Selatan pada tahun 1991.
Tiga Janji
세가지 약속
Kami hanya menggunakan bahan yang terbaik.
Kami sentiasa menyokong pilihan yang lebih sihat untuk pelanggan kami.
Kami sentiasa berusaha memberikan rasa terbaik dalam setiap hidangan ayam goreng kami.
Apa yang menjadikan KyoChon begitu istimewa?
Kami bukan sekadar restoran makanan segera. Di KyoChon, setiap hidangan disediakan segar setiap kali anda membuat pesanan.
Kami hanya menggunakan ayam chilled yang bebas antibiotik dan hormon. Ayam ini diternak khas untuk daging, dan dibesarkan dalam reban moden tertutup berhawa dingin supaya kurang terdedah kepada virus serta penyakit bawaan udara. Berdasarkan pengalaman kami, ayam yang berusia antara 30 hingga 35 hari memberikan isi yang paling juicy, lembut dan sedap selepas digoreng.
Ayam kami digoreng hanya menggunakan minyak kanola premium yang terbukti lebih baik untuk kesihatan. Kami juga menggunakan salutan tepung yang lebih nipis, jadi hasilnya lebih rangup, lebih sedap, kurang berminyak dan kurang berlemak berbanding kebanyakan ayam goreng lain.
Semua sos import kami pula 100% semula jadi, bebas MSG dan tanpa bahan tambahan, jadi anda boleh merasai perbezaannya mengikut musim. Contohnya, siri Red Pepper kami jadi lebih pedas pada musim panas kerana cuaca di Korea lebih panas dan kering. Itulah rasa semula jadi yang sentiasa kami mahu kekalkan.

